ITEM BAGI "LITTLE" ADALAH CLOTH DIAPERS DARI PELBAGAI JENAMA (BABYLAND, COLLA BABY, QQ BABY,COZY,SUNNY) JUGA PELBAGAI AKSESORI UNTUK NEW BORN. TERDAPAT JUGA PAKAIAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN.


ITEM BAGI "MUMMY" ANTARANYA ADALAH BARANGAN KOSMETIK YANG ORIGINAL. KEBANYAKKAN HARGA ADALAH JAUH LEBIH MURAH DARI PASARAN KERANA SAYA MEMENANGINYA HASIL DARI CONTEST YANG DISERTAI.


ITEM BAGI "DADDY" AKAN DIUPLOAD DARI MASA KE SEMASA.


UNTUK LEBIH MUDAH MELIHAT SETIAP ITEM PLEASE KLIK PADA LABEL ATAU /MSG CALL 017-3201998 UNTUK MAKLUMAT LANJUT. HAPPY VIEWING & PLEASE COME AGAIN BECAUSE ITEM WILL UPDATE TIME TO TIME. THANK YOU SO MUCH

ITEM-ITEM BARU.. JOM JENGUK..

PENGENALAN CD



Apakah itu Cloth Dipers (CD)?Secara dasarnya CD adalah lampin moden yang mempunyai pelbagai kelebihan.Pada saya ia mengabungkan kebaikan dari konsep lampin tradisional dan juga lampin pakai buang dan meninggalkan keburukan kedua-duanya. Kebaikan yang diambil dari lampin tradisional adalah seperti berikut:
  • ia jimat kerana boleh dicuci berulangkali dan boleh dipakai oleh adik2 yang lain
  • ia hanya satu saiz kerana boleh diubahsuai mengikut saiz bayi dan tumbesaran bayi dari 3kg-13kg (rujuk gambar di atas-adjust butang sahaja)
  • ia tidak memberi kesan kepada alam sekitar
  • ia tiada kesan kepada kesihatan bayi
Kebaikan yang diambil dari lampin pakai buang pula seperti berikut:
  • bayi boleh pee berulangkali sebelum ditukar iaitu sehingga 4 jam ke lima jam seperti disposal diapers.
Kelebihan tersendiri pula yang tiada pada lampin tradisional dan lampin pakai buang adalah :

  • ia mempunyai corak dan material yang menarik dan juga boleh dianggap seluar.
CD mempunyai 2 jenis iaitu jenis poket dan AIO (All In One)
  • Poket= ia mempunyai insert yang perlu dimasukkan ke dalam CD tersebut. Ia boleh bertahan lebih dari 3 jam jika dua insert dimasukkan sekaligus.
  • AIO= Insert telah dijahit di dalam CD dan mummy tidak perlu memasukkan CD. Ia lebih mudah tetapi ia juga lambat kering. Ia juga cuma boleh bertahan lebih kurang 3 jam sahaja.

AIO(All In One)
Lihat insert telah dijahit sekali bukan?



CD jenis "Poket"


Gambar di atas adalah CD Cover/ Diaper Cover yang memastik
an punggung bayi tidak akan basah. Cover ini terdapat di dalam warna solid / plain dan ada juga yangberwarna-warni dan corak yang amat menarik. Material luaran juga terdapat yang mempunyai material seakan-akan baldu. Cover ini mudah kering jika dibandingkan dengan insert


Waterproof outer layer adalah material yang tidak tembus air.Snaps to adjust size itulah yang diubah dan diselarakan mengikut saiz bayi dan tumbesaran bayi sama ad sais S,M atau L. Kalau mummy tanya pada saya bagaimana untuk tahu saiz bayi mereka saya akan syorkan mengikut saiz disposal diapers sahaja. Insya-allah sesuai.

Pocket opening for insert adalah bahagian untuk memasukkan insert dan memastikan insert berada pada kedudukan yang tetap dan idak bergerak-gerak atau terkeluar.

Soft inner layer terdiri dari kain polyster yang menyerap air tetapi ia tetap kering walaupun bayi pee berkali-kali dan insert telah basah lencun. (Saya telah test pada bayi saya)


Inilah insert yang akan diimasukkan ke dalam "poket"


CD mempunyai button jenis velcro dan snap button.


SNAP BUTTON
    Kebaikan & Keburukan Snap Button
  • button tidak mudah rosak walaupun dicuci berulangkali
  • mungkin menyukarkan sedikit untuk diuruskan oleh pengasuh di taska



VELCR
O

Kebaikan&Keburukan Velcro:

  • Mudah dipakai dan menjimatkan masa lebih-lebih lagi jika dihantar ke taska untuk diuruskan oleh pengasuh
  • Mudah dicabut oleh kanak-kanak
  • Mudah rosak kesan bulu-bulu kain jika dimasukkan ke dalam mesin.


Sebelum mummy membuat keputusan CD dari jenis mana yang ingin dibeli saya ingin menjelaskan perbezaan CD yang saya tawarkan terlebih dahulu. Customer saya yang saya jual secara offline juga saya terangkan juga kerana tidak mahu customer seolah-olah tertipu. Saya menjual CD dari jenis Babyland, QQ Baby dan CoolaBaby. Kita lihat satu-satu perbezannya..

BABYLAND


Sesuai juga untuk bayi yang baru lahir kerana bahagian pinggang boleh adjust sehingga saiz pinggan yang amat kecil kerana mempunyai 2 button

Lihat bahagian untuk memasukkan insert kemas bukan?

Close up
Begini rupanya apabila insert dimasukkan. Bila ditutup insert kelihatan berada pada kedudukan yang amat "terletak"



COOLABABY



Button untuk adjust pinggang cuma mempunyai 1 sahaja.
Ia sesuai untuk bayi yang mempunyai pinggang yang besar.



Lihat bahagian kemasukkan insert kelihatan tidak kemas bukan?
Tapi ini tidak bermakna insert akan terkeluar
Insert tidak akan terkeluar jika mummy telah memasukkannya dengan betul

Inilah kelebihan CoolaBaby.
Ia besar dan panjang jika dibandingkan dengan jenis lain.
Ini bermakna ia boleh dipakai lebih lama.
Anak saya yang memakai diapers saiz XL dan berusia 2 tahun 10 bulan masih muat memakai jenis CoolaBaby


QQ BABY



Sesuai juga untuk bayi yang mempunyai pinggang yang kecil kerana mempunyai 2 butang untuk adjust bahagian pinggang


Tempat kemasukan insert kelihatan lebih kemas dari CoolaBaby


Bahagian soft inner layer QQ Baby dari jenis suede. Ia tidak selembut CoolaBaby dan Babyland. Bagi bayi2 yang sensitif punggungnya mungkin kurang selesa memakai QQ Baby.
(tapi kalau disposal diapers lagi kasar bukan? kecuali mummypoko ia mmg lembut seolah-olah kain tetapi harganya MAHAL!!)
Walaubagaimanpun QQ Baby lebih mudah dibersihkan dan poo senang ditanggalkan serta lebih cepat kering dari Coola Baby & Babyland.



TERPULANG KEPADA MUMMY2 SEKALIAN.SEKIAN PENGENALAN MENGENAI CD
JIKA MASIH KELIRU BOLEH CALL/MSG /EMEL UNTUK PENERANGAN LANJUT
Related Posts with Thumbnails
.......USIA ON-LINE SHOP KAMI........... Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers